Bukan Abe Atok nak meraban macam gaban, cuma kadang2 nak kongsi2 pandang ngan korang, tapi kalau korang sekadar baca sepintas lalu..Abe Atok angap masing2 takder respon. Tapi tak pe lar..bukan ruangan debat nak tunjuk hebat. Sekadar melepas apa yang sedat supaya tak berat, jadi hilang sikit apa yang tak larat..sbb Abe Atok ni dah tak banyak kderat sangat.
Anak Tupai
Ado sekor anok tupai, atah jula moktea
Khudong eko perut lapar, jalea cari makea
Jale cari makea
Kejadiea tuhan dipanggil namo tupai
Asalnyo dale hute sejenis mamalia
Kalu pasal jakit kok dehe diolah hok yg paling pakar
Jatuh jare jare kerano dio tak sobar
| Zoooommm Dia!! |
Tak wi gambar ore jahat jale telajok manggok
Jale terlajok manggok..
Ore jame ghitu pakat hambat tupai
Bimbea ko woh kayu takuk tokdea besar
Nyor deriea duku kalu dan nye kherit tupai
Pendek tahun tu nyor deriea tokdea nok jual
Ore skampong tupai sekor berambat hari hari
Nyo pakat likong nyo pakat pekong tupai tokleh lagi
Tupai tokleh lagi
| Ini Bedil Tupai.. |
Hok ni lah saya raso kito sangat rugi
Kita manusio tinggi mano pun kita ngaji
Nak wat tupai sekor tentu sekali nyo tok jadi
Loni khapong atau bandar jare buleh tengok
Bapok tupai ibu tupai jale bowok anok
Jale bowok anok
Rasa kesiea sunggoh tengok sekor ko anok tupai
Kerano telajok khuruh sapa tokleh nok niti pagar
Bulu bulu pun habih lughoh air mato bderai derai
Mari dale baruh bekali kena racun tebaka
Ado sekor anok tupai atah jula moktea
Khudong eko pheruk lapar jalea cari makea
Jalea cari makea....
| Perangkap lalat..!! |
Secara jelas, lagu anak tupai tu, mengingatkan akan kejadian makhluk ciptaanNYA, tidak dijadikan sesuatu tanpa sebarang faedah untuk kita, hatta diciptakan seekor lalat sekali pun. Kita hanya tahu dan mengangap Tupai hanyalah haiwan perosak, hinggakan bayak kiasan yang digunakan berkaitan Tupai, seperti contoh 'Kelapa ditebuk Tupai, mengambarkan anak dara yang telah hilang daranya', 'Sepandai-pandai Tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, bermaksud atau sering digunakan atau ditujukan kepada orang yang sering melakukan kejahatan, akhirnya terbalas jua. Tapi kalau kita kaji secara betul2, setiap mkhluk ni ada gunanya, paling tidak pun mengajar kita untuk berpikir. Kira sumber ilmu juga sumber rezeki utk kita. Tak percaya? Cuba korang imbas secara rawak, apa produk yang tercipta, Abe Atok bagi contoh untuk seekor lalat. Dari kerana seekor lalat maka tercipta tudung saji, Dlm setiap rumah pula paling tidak kita ada beli satu saji, jadi sumber pendapatan bagi pereka, pembuat,pengedar,penborong,penjual tudung saji. jadi kebaikan pula pada kita sebagai pengguna. Makanan kita tak dihinggapi lalat, sejenis haiwan yang pengotor. Korang pernah tengok haiwan yang dipanggil lalat ni bawah microscope? huhuhu:] kalau korang tengok, muka dia dah lar macam alien, kotoran dia bawak lagi la macam2 bekteria. Kalau kita nampak secara jelas, rasanya korang terus buang jer sambal belacan dimana tempat lalat tu hinggap..huhuhuhu:]
Isyaallah, dilain ketika Abe Atok huraikan satu lagu yang di beri judul Lalat. Sama2 nanti kita kongsi2, itu pun kalau korang sudi..
No comments:
Post a Comment