Terleka seketika, merenung ruang masa yang berlalu, Teringat mesin gelek dikertas, Abe Atok suka sangat guna mesin tu, ntah apa yang korang panggil Abe Atok tak pasti. Tapi setiap kali ada ujian kat sekolah, masa sekolah rendah dulu. Abe Atok orang yang pertama meng'offer'kan diri untuk membantu cikgu untuk wat kerja tu. Sebelum tu, kena isi dakwat hitam, bekas dia macam botol ubat gigi. Cuma besar sikit kalau tak salah Abe Atok.
Picit secara berhati-hati pada roda mesin tu, lepas tu, gelek dengan handle dia supaya dakwatnya sekata. Kadang2 sampai terkena baju. huhuhu :], Bila dah sekata, masukkan kertas pada ruang bawah mesin tersebut. Kemudian pasangkan kertas pendua, ahhh..lupa pulak apa namanya, tapi kiri kanan dia berlubang, untuk gigi yang terdapat pada mesin tu, kertas tu pula dah siap ditaip oleh cikgu yang menyediakan kertas ujian. Bila dah siap pasang, Abe Atok pusing pengeleknya, macam pusing mesin getah sekerap. Sekali pusing, sehelai keras yang siap disalin keluar. Ish..sukanya..pusing lagi, gelek lagi. sampai cukup kuantiti yang cikgu suruh. Biasanya mengikut jumlah pelajar. Tapi jangan korang fikir sbb kenapa Abe Atok nak sangat buat kerja tu, sebab boleh tengok kertas ujian lebih awal dari rakan2 yang lain. tak dapat bro, Korang ingat cikgu tu suka2 nak bagi korang tengok dulu? Hampeh r.. Sebab kebiasaannya kertas ujian budak2 darjah 1,2,3,4,5, cikgu mesti cari budak yang darjah 6 buat tu, begitulah sebaliknya, cuma cikgu tak suruh budak2 yang darjah 4 kebawah. biasa r..tahap 1 hingga 4 banyak main dari buat, sbb dalam kepala enjoy sentiasa, lain la budak2 darjah 5 masa tahun Abe Atok belajar dulu, masa ni tahun 5 masih ada lagi peperiksaan utama Penilaian Darjah 5. Selepas pada tu dah ditukar pada tahun 6, UPSR. dengar cerita nak dimansuhkan jugak, tak tak tahu la macamana perkembagan, bab tu Abe Atok tak nak komen. Sebab orang2 yang berkenaan jauh lagi arif serta bijaksana menentukan tuju hala sistem pendidikan negara dari Abe Atok. Yang mana baik dan elok kita sokong jer, baru la sesuatu perkara tu berjalan dengan sempurna, untuk kita, anak kita, dan cucu cicit kita gak. Takkan la mereka tergamak nak merosakkan bangsa dia orang gak. Cuma orang2 yang tamak jer bertindak demikian.
Hari ini, Mesin macam tu mungkin ada lagi, kat mana? Ntah la, Abe Atok sendiri tak boleh nak jawab kat mana boleh tangok mesin tu, kalau kementerian pelajaran atau lain2 individu pengumpul barangan antik simpan sebagai koleksi macam Telekom buat muzium telefon. Mungkin la korang boleh tengok.
Hari ini juga kat semua sekolah rasanya dah guna mesin photostat. Dah tak perlu susah payah penyek dakwat, dah tak perlu pusing gelek lagi, semuanya main letak, set kuantiti, saiz dan sebagainya, tekan suis, terus jalan, Kertas yang keluarpun laju semacam jer.. sampai belajawan PIBG untuk kos kertas jer cecah puloh2 ribu.. Abe Atok tak kata, Tapi penyata belanjawan PIBG yang tulis. Satu bulan saja oder berpuloh-puloh rim kertas A4. Kalau la mesin Photostat tu jenis tak tahan lasak, tiap2 bulan, kompom kena servis, Sekali servis paling kurang rm300. uiiii..mengalah servis kereta kancil sebijik, untuk servis tu sampai 2,3 ratus, lum termasuk tonner, spare part, ngan bil api. Allhamdulillah jugak, sebab kerajaan dah tambah sikit budget untuk bil sekolah. Jadi dapat la menampung sedikit sebanyak keperluan sekolah, untuk anak2 dan cucu kita belajar. Tempat mereka mencari dan menagih ilmu. Keadaan sekolah pun lebih selesa.Tak la macam Abe Atok belajar dulu, Sekolah ditengah2 ladang kelapa sawit. Diatas bukit, Dikelilingi hutan belantara. Terima kasih buat semua cikgu2 Abe Atok yang sudi dan tabah mengajar anak2 murid yang nakal macam Abe Atok dalam situasi daif sekolah Abe Atok dulu.
Kepada cikgu2, ustaz dan ustazah yang pernah mengajar disekolah Kebangsaan Chiku 2, Abe Atok teringin sesangat kalau dapat jumpa kalian, Nak minta maaf diatas segala kenakalan dan kedegilan, nak ucap jutaan terima kasih pada kalian, walaupun Abe Atok tak pernah menjejak kaki hingga ke pusat pengajian tinggi bertingkat-tingkat, dan ijazah yang bergulung-gulung, sekurang2nya Abe Atok jadi manusia, kenal merah biru, hitam dan putih kehidupan.
Hari ini, perjalanan hidup ini berlandaskan motivasi diri, keinginan sepertimana mereka-mereka yang berjaya, dan berpandukan jalan2 yang benar. Motivasi diri meletakkan daya kemampuan kita untuk sama2 bersaing dalam kemajuan. baik segi ekonomi, teknologi dan pendidikan. Bukan bersaing untuk menjatuhkan seseorang. Kerana sesungguh setiap orang mempunyai hak. Hak untuk hidup, hak untuk maju, dan hak untuk berjaya. Membantu merialisasi hak mereka untuk kebaikan lebih baik dari membantu membenam mereka. Pandanglah generasi akan datang, yang memerhati tindakan genarasi hari ini untuk dijadi acuan buat mereka. Seandai kita tidak berkesempatan melihat keunggulan generasi akan datang, sekurang-kurang tinggal sesuatu yang baik dan berfaedah buat mereka meneruskan perjuangan kita dihari ini. Fikir-fikirkanlah.
Dikir Motivasi.
Ambo nyanyi lagu berdikir
sebagai ceramoh motivasi
adik adik kena pikir
terutama hok dok tengoh mengaji
Loni zame dunio moden
zame sains teknologi
semuo bangso pakat bertanding
nak mengangkat harga diri
Keperluan alaf baru
semakin hari semakin canggih
buke setakat perlu tahu
baca quran baca hadis
Bidang lain jugok perlu
matematik dan inggeris
semuo bidang kita maju
jadi ore serbo buleh
Kehidupe sudah bertukar
gayo hidup banyok beralih
sakit deme wok g sepital
ore tak bomoh dah dengan sirih
Talipon napok gambar
buleh berkecek hatar mesej
kalu kita tokse belajar
bangso kito ore tindih
Teknologi zame modem
mengubah hidup manusia
cumo pecet suis dinding
kipas musing lampu menyalo
Puyuk menanok koli goreng
loni pakai letrik belako
sikit lagi tak mustahil
keto api atas udara
Teknologi alaf baru
koho sehari koho molek
keto deras mace peluru
ado robot buleh berkecek
Satelit langit biru
ore berlumba dok lancar roket
kalu kita tokse maju
bangso kita ore golek
Ni buke zame keris lembing
senjato kayu tongkat buluh
kapal terbang tadok stereng
peluru perpandu kawalan jauh
Bom nuklear hok buleh mikir
kuaso letupan mengalahkan guruh
bakpo kita tokse bersaing
tunjuk ghetek kita ni jaguh
Malaysia depan hari
adik adik kena bina
untuk bela maruah diri
dengan ilmu hak adik terimo
Ilmu sains teknologi
zaman loni sangat berguno
jadi bangso dihormati
aman makmur selamo-lamo
Ambo nyanyi lagu berdikir
sebagai ceramoh motivasi
adik adik kena pikir
terutama hok dok tengoh mengaji
Loni zame dunio moden
zame sains teknologi
semuo bangso pakat bertanding
nak mengangkat harga diri
Begitulah lagu motivasi ni, Dia mengajak kita untuk menilai segala kemajuan, bertapa bangsa lain makin maju, jauh lebih maju dari negara kita. Marilah kita bersatu untuk kemajuan negara kita, bukan dok pakat you kutuk dia, i maki mung, hang mgata dia, chek wat do no...jangan nanti orang lain ambil kesempatan atas kekerohan dan kecelaruan bangsa dan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment