Abe Atok terpikir akan hari kemerdekaan, Hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Tanggal 31, Bulan lapan 57, Hari yang mulia hari yang bahagia.....Merdeka!!!...Merdeka!!! Merdeka!!! Wah..bersemangat pulak rasanya bila dengar lagu yang dinyanyikan oleh Alayarham Sudirman Hj.Arshad. Kalau orang Kelantan cakap 'Naik Gha'..Begitu hebatnya lagu tu kan? Kita yang lahir selepas hari kemerdekaan ni tak la rasa sehebat mereka2 yang lahir sebelum tarikh tu, Mereka yang berkorban secara jelas untuk negara, sehingga ketitisan darah yang terakhir. Yang merasai sejarah lebih berharga dari kita yang mengigati sejarah, tapi lagi teruk kalau yang tak pernah ambil pusing pasal sejarah. Ah..mana2 la, bukan itu yang Abe Atok nak mengomel kali ni. Apa Erti Kemerdekaan?
Cuma tanya diri Anda atau Awak atau You atau Demo atau Hang atau Koi? Apakah itu erti kemerdekaan. Kalau tanya budak darjah satu, Abe Atok rasa dia orang mungkin ada sepuloh jawapan kot. Dari segi sejarah negara, mungkin lebih kepada kebebasan dari dijajah oleh penjajah. Tapi dari segi minda kita? Minda kita tak pernah terlepas dari dijajah. Abe Atok tak paksa sapa2 yang setuju ngan pendapat Abe Atok. Sejak sistem pendidikan dalam negara sering dipertingkatkan, korang tentu labih berpelajaran untuk mengeluarkan pendapat. Abe Atok ni cuma sekolah samapi Tingkatan 3 jeq, So, IQ bernas ditahap low jer. tapi Abe Atok tetap mempertahankan pendapat Abe Atok. Minda kita ni terus dijajah. Mungkin dari kesan peninggalan para2 penjajah yang rakus dulu2, atau kita yang ciptakan untuk diri kita, atau untuk orang lain, dan mungkin juga untuk generasi akan datang.
Siapa yang tak pernah menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita Malaysia? Isk..isk..isk..kalau ada, memang kesian. apa ketidaknya, orang Indon, Bangla dan lain2 pekerja asing yang datang kat sini pun diberi peluang merasai sambutan hari kemerdekaan. Walaupun mereka2 sekadar berlogok macam 'Burung Tapung baju' berderet duduk bercongok kat tepi pasaraya, shopping complex time cuti semperna Hari Kemerdekaan Negara. Sambil usha2 anak2 dara kita. huhuhuhu. Kita tengok saja. Sampai ada yang bawak lari..bila dah nampak dan rasa seksanya hidup dinegaranya, baru la terasa bertapa aman, indah, beruntung dan bertuahnya bumi malaysia.
Member Abe Atok nak brenti tengok mamat yang terjelepok dan tergolek tadi, tapi Abe Atok suruh dia teruskan. Takut dok lama2 kat situ lain pula jadinya. Disatu simpang, Ada sekumpulan lainnya. Ada yang duduk mencangkung, ada yang berdiri dan ada yang berjalan, dan yang teruk ada yang terbaring. Kenapa? Mereka buat apa ya? Tanya hati Abe Atok yang benak sbb skolah tak pandai ni? jadi jakun ngan keadaan tertentu. tengok ada 2,3 orang pegang botol, Nak kata botol kicap, tak mungkin pulak, takkan ada aktiviti pertandingan memasak, kalau ada mestilah ada para juri, tak pun mesti banner 20x60 kaki. Ini tidak, fesyen serabai, botol belah kanan, rokok belah kiri, ada yang pegang 'Jajan' (Makanan Ringgan) Kacang Tanah. Sambil ketawa ramai2, berkepul2 ngan asap rokok, dan ada pula yang muntah2 tepi longkang. Adakah ini erti kemerdekaan? Apakah ini menuju wawasan? Tidakkah ini minda kita masaih dijajah? huhuhu...kita masih leka walaupun kita punya pelajaran dan pendidikan, jasad yang tanpa iman. Banyak lagi perkara2 yang Abe Atok nampak semasa pergi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara tu. Tapi rasanya korang pun mesti tahu labih dari apa yang Abe Atok tahu. Jadi korang sedia maklum yang mana elok dikutip sebagai peringatan buat generasi akan datang. Generasi kini rasanya begitulah, Generasi akan datang tu umpama anak2 kita, cucu2 kita dan seterusnya, yang akan menghiasi dan bakal memimpin generasi mereka akan datang, isyaallah.
Panjang pula cerita diwaktu morning2 menjelang sahur ni..Asalnya nak post satu senikata lagu Dikir Barat jer..tapi menjarah keruangan yg mungkin berkaitan. Orang lebih gemar dengan lagu yg dinyanyikan oleh alahyarham Sudiman, Tapi sebahagian saja orang yang suka mendengar lagu yang dinyanyikan oleh alahyarham Cikgu Naim. Mungkin ada yang kenal, mungkin juga tidak pernah dengar namanya, Abe Atok tak penah kenal Sudirman, Bagitu juga dengan Cikgu Naim, tapi lagu2 yang dinyanyikan oleh mereka amat2 Abe Atok suka, Mari kita hayati lagu ni, "Apa Erti Kemerdekaan". Dengar dan fikir2 kan.
Cikgu Naim – Apa Erti Merdeka
Apo erti kemerdekaan
bagi umat melayu kito
tokse terimo perubahea
anok cucu menjadi mangso
ore lain dok rebut peluwea
tokkea kito nok tengok sajo
maso tetap berjalea
sesaat tak tunggu kito
dilema..dilema.. dilema melayu kito..
ore lain hidup bersatu
kita baloh samo sekampung
bangso lain hidup maju
bangso kito masih mundur
ore kecek cayo selalu
hangguk palo macea jepong
ikut stail dulu dulu
jadi katok bowoh phurong
dilema..dilema.. dilema melayu kito
anok ore nak kapal terbea
anok kito naik teksi
anok ore makea kat hotel
anok kito khedai kopi
anok ore jual barea
anok kito la jong beli
tadok pitih relo berhutea
tanoh pusako jual lagi
dilema..dilema.. dilema melayu kito..
kheto ore kheto macedes
kheto kito moresmino
kheto ore asap nipih
kheto kito asap bungo
kheto ore hidup dengan suis
kheto kito mapuh tolok sokmo
beli baru tokdan pitih
beli beghras pun brutea sokmo
dilema..dilema.. dilema melayu kito..
anok ore baco buku
anok kito dok ralit berderat
anok ore masuk ko U
anok kito masok lokap
anok ore minum susu
anok kito dok togok ubat
macamana kito nok maju
kalu tokse uboh sikap
dilema..dilema.. dilema melayu kito
anok ore g masjid
anok kito tepi jale
anok ore dudok mengatik
anok kito dudok gewe
anok ore pragai baik
anok kito supo jembalea
nyo dok cari balo penyakit
tokse pikir maso depea
dilema..dilema.. dilema melayu kito
apo erti kemerdekaan
bagi umat melayu kito
tokse terimo perubahea
anok cucu menjadi mangso
ore lain dok rebut peluwea
tokkea kito nok tengok sajo
maso tetap berjale
sesaat tok tunggu kito
dilema..dilema.. dilema melayu kito..
No comments:
Post a Comment