Pages

Wednesday, August 11, 2010

Tsunami

Bila Atok Rasa Bosan,
Abe Atok mula rasa bergelora minda. Minda yang kadang2 hanyut dibuai rasa. Bukan rasa sunyi,, bukan juga dibuai rindu, cuma sayu berlagu pilu. pilu mengenangkan tarikh 26/12/2004. Abe Atok boleh ingat tarikh dan peristiwa ni kerana lagu ni, kalaulah ada teka silangkata atau info sejarah negara, malah dunia, pastinya Abe Atok menjuarai ketogori jawapan bagi soalan berkatan peristiwa ni. Sejarahnya pasti mengenangkan kejadian gempa bumi yang berpusat ditengah laut dalam, umpama satu ruang terbuka luas lalu menutupi, hasilnya satu kocakkan yang tak pernah dijangka akal fikiran kita, lalu menghentam dikebanyakkan pantai termasuk dinegara bumi tercinta Malaysia.
Hari ini, berjuta2 orang masih mengingati peristiwa ini. Terutama keluarga2 yang terbabit dalam kejadian.
Setakat ni Abe Atok cuma pernah dengar lagu dikir barat yang ni jer menfokuskan secara jelas perkataan Tsunami. yang lain Abe Atok tak pasti, kalau ada pun Abe Atok tak penah dengar, bukan wat2 tak dengar. Abe Atok puji lagi ni, cukup ringkas, cukup sayu..Bagi yang belum pernah dengar lagu, korang boleh dengar, Lagu ni mengigatkan kita akan peristiwa, juga mengajak kita untuk berfikir mengenai kejadian, bukan sekadar dari teori dan sains, tetapi nilai ketuhanan.
TsunamiKini, telah lebih 5 tahun peritiwa itu berlalu, Dan kebanyakan antara kita telah lupa, malah terus dengan kelekaan. Leka dibuai era kemajuan. Tidakkah kita fikir dalam mengejar kemajuan bisa melalaikan kita akan sesuatu. Ingatlah..Pelanduk mungkin sering melupakan jerat, tetapi jerat tidak penah melupakan pelanduk, itu sebagai satu kiasan bagi diri kita yang mudah lupa, dan selalu leka. Ingatlah peristiwa itu sebagai amaran kecil dari dia yang Maha Pencipta. Untuk kita mengaji sesuatu dengan akal, tapi dihujung jawaapan kita adalah Dia yang Maha Esa. Kita bisa merancang sesuatu, tapi tak bisa menolak sesuatu. Siapalah kita disisinya, apa lagi berlumpur noda dan dosa...
Bila lama berceloteh, jejari pun mula terasa letih, dimalam yang gelap, beransur kelam bertambah pekat..kelopak mata terasa berat, mulut pula menguap-nguap..mata ini mahu lelap, dan berehat..







Jali Bunga Tanjung – Tsunami




tanggal 26 /12/ 2004
air mato rasa berline ingat peristiwa dasyhat
bencano alam gegaran sungguh kuat
tsunami dah datang semua hok tuhan buat

bencano bumi melanda samudra
hok tuhan jadi pada manusia
nama diberi tsunami berbisa
ramainya mati seluruh negara

kejadian tuhan tidak dijangka
air nya pasang sekelip mato
banyaknya hile harta bendo
sehelai sepingge hidup tersekso

beribu ribu jadi terkorban
terasa pilu mata memandang
ayah dan ibu anak tersayang
hile begitu dibawak gelombang

ramainya hile meninggal keluarga
belas kasihe tak berair mato
kejadie alam sungguh bahayo
sapai sekare tidak akan lupo

mari bersatu kita doakan
biar berlalu dale ingatan
apo yang perlu kita salurkan
semua membantu memberi sumbangan

So, Apo pendapat korang? ada nak komen? komen r sikit, bagi semangat..penat tau...huhuhu:]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...