Kena pulak bukan puasa ni, boring tul nak tunggu sampai ke petang. Buka apa, leh jalan2 cari makan, pergi bazar Ramadhan, kalau la orang bujang, uiii..pantang. Jalan2 cari bekalan sambil usha orang perempuan, anak dara orang..itu kira meraban. Silap2 hari bulan anak dara orang boleh meroyan. Ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng..kak..ayam goreng kak, sedap ni kak, masak tepung celup rempah sepesel ni..Alah, std r..peniaga, mana dia nak kata produk dia tak best, tak der kualiti, biarpun ayat yang digunakan dah basi. Tapi dah kena cara, mula2 kita wat2 tak tahu, alih2 pusing balik. Tambah pulak owang pempuan, bukan nak kata orang perempuan ni lemah, tidak..Abe Atok tak bermaksud demikian. Tapi lemah semangat skit kalau ngan pujukan. "Hai, cik adik manis, tak nak singgah ker, ni aa...ayam goreng ni, murah jer,,dua hinggit 5 kupang seketoi, meh r beli, tak kan cik adik manis, comel, kiut, miut'. uiiii macam2 kalau kena mamat cap ayam ni ikan ayat dia, kadang2 yer la nak meniaga, tapi ada gak yang ambil kesempatan nak menjual. Alih2 tadi jual ayam goreng, tiba2 bila tengok anak dara owang, kena plak dahi licin, mula r jual ubat skali. Biasa r..jantan.. Tapi rasanya baik dia macam tu, sekurang-kurangnya nampak gentleman dia. Sekadar mencuba sambil meneka apa salahnya, kan? Dari yang pernah berlaku depan mata dan dengar telinga Abe Atok. Adalah kat sebuah tempat shoping tu..ntah..kira macam pasar awam juga adanya..
Jalan dari bandaraya Johor Bharu menuju Kota Tinggi, kira famous gak tempat ni..boleh dikatakan macam2 ada, Tambah2 bulan puasa, makin galak pengunjung. Kisah di ruang jual ikan, ada r seorang mamat..terpekik terlolong promosi ikan yang bermata merah dia jual. Orang dah r sesak kebabun nak bergerak, suara dia terpekik terlolong macam dia sorang yang jual ikan. Abe Atok tengok tempat2 lain cool jer, pelangan yang singgah pun ramai. Dah jual ikan mata merah, mana r pelangan nak singgah sangat, paling tak singgah jap..cucuk2 body ikan tu, pastu berkerut dahi..blah..Ikan dah r mata merah..yang tukang jual pun lebih kureng sama jer... patut r terlolong-lolong. Kemudian lalu la dua awek, nak kata tak lawa, ish lawa, nak kata lawa..isk..isk..kalau dia nak Abe Atok yang tua ni, nak ler jugak..huhuhuhu:] Apa2 pun tak boleh r Abe Atok..nanti anak cucu kata dok sedor ko diri...wakakakka.. Berbalik pada 2 aweks tu, dia lalu depan mamat yg terlolong mempromosi ikan lolong yang kembung mata merah. 'Hai sayang..beli ikan, pilih2..ikan murah2, jualan penghabisan stok'. Memang r, engkau jual untuk habis stok ikan mata merah tu, bukan jual untuk murah2. Abe Atok peratikan gelagat mamat ni, bukan Abe Atok jer, ada 5,6 orang lagi. sampai ada satu brother tu, badan mak ai..cam Malek Nor pun ada. Bila tengok ke body mamat ni cik mah oiiii...ngan badan Abe Atok ni yang macam batang pisang tunggu tumbang ni, jauh ikan dari pemanggang cik mah oii..bsaq no..dia pun Abe Atok ralit dok tengok sekor ni..geram gak agaknya tu..cuma dalam hati ni PK sebab dia penjual ikan kat situ jer, kalau pelangan biasa yang macam tu, rasanya dah kena secepuk dua dah..sebab dia ada lesen memekak kat ruangan tu jer. Abe Atok tak heran sangat ngan dia ni, cuma berbulu sikit sebab bila aweks tu wat tak layan dia, dia boleh memekak terlolong macam ikan lolong kembung kat situ. 'Apa, awak ingat awak cantik sangat ker? ramai lagi yang lawa. aku tak heran pun'. boleh ker macam tu. kalau diri kita tu ensem cam gaban ok lar nak cakap macam tu pun, tapi biasanya orang yang ensem pun takkan wat perkara bodoh yang memalukan diri. Silap sendiri, pastu Abe Atok ramai yang menjauhkan diri, Agaknya ramai yang PK baik aku tak yah beli ikan pun takper hari, beli ayam ker, itik pun best gak..huhuhu :],
Hah..itik? la..macamana leh terbabas jauh dari topik Abe Atok ni, adoi la sayang..sempat corner lagi tak ni, tak per..niat nak citer pasal itik, boleh citer pasal ikan dan penjualnya..huhuhu:] Sapa tak kenai lansung ngan sejenis haiwan bernama itik ini, meh sini Abe Atok tunjukkan ngan korang macamana rupa emcemm bapak itik jantan ni.
<---- in dia rupa itik
Itik ni banyak jenis, banyak nama, tapi kalau tak salah yang ni jenis Alabio..eh yer ker..ntah..Ah lantak lar..Abe Atok bukan doktor haiwan atau saintis yang pakar kaji megkaji bab itik. makan daging itik boleh la. Kena plak wat gulai..uiiii..sedap tur..tapi ada yang tak makan haiwan yang menyudu ni weh..huhuhu..:], geli gleman katanya..Abe Atok dulu pun kata gitu gak.. tapi sejak termakan tanpa disedari kerana dirahsiakan oleh pengetahuan Abe Atok, Dah habis belasah 2,3 pinggan nasik baru diberitahu...Sedap tau..kalau yang tak pernah cuba, ini r caranya. Dah siap makan tu baru bagitahu..biar dia rasa, macama Abe Atok rasa...sampai ati mak Abe Atok kenakan Abe Atok..huhuhu:]. Abe Atok tak pandai sangat kaji pasal itik ni, tapi kalau korang nak kaji sikit2 pasal itik ni, meh Abe Atok tunjukkan kat korang sedikit sebanyak sumber pengetahuan pasai itik ni, tapi pengetahuan secara biasa r, kaji dari senikata lirik dikir barat. Lagu ni menceritakan pasal perihal itik, sifat dan bentuk fizikal serta tabiat dia. Bila Atok Rasa Bosan, Atok layan la lagu ni pulak..penyanyi lagu ni tak asing tak bukan Cikgu Naim, ntah r nape r Abe Atok suka sangat dengar lagu yang dinyanyikan oleh Cikgu Naim...apa saja tajuk lagu dia walaupun tak hafal semua. Tapi kalau dah dengar, Tangan bergedik kaki kepala bergoyang-goyang. Jooomm layan..
Itik
dengar lah molek molek
ambo nak royat kisah itik
lagu ambo bunyi pelik
tapi kalu dengar pikir baik baik
itik kaki jelepek
mulut sudu belakang pulak lentik
jale napok bergolek
tok ime tgk pun jadi ralit
bla laah..
sapo tak kenal itik
ala tuan tanda nak mati
kalu tempat mengatik
ala tuan ore pakat cari
la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik
kalu perhati tengok
itik jauh beza dengan ayam
itik tino tubuh montok
itik jantan tubuh nak panjang
palo itik licin minyok
buleh kerat buat perhiasan
cuma perangai jah tadok gamok
berehi mena main bawah jemoran
bla lahh..
loni dengan dulu ala tuan
itik beza perangai
itik dulu malu ala tuan
zaman lani rok raai
la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik
itik berehi bertelor
tapi perangai malas mengeram
lepas telor tinggal rata
celah rumput dale rok lalang
ado jugak manusia dengan itik
perangai lebih kurang
lepas beranak tohok rata
tepi parit kot birai longkang
bla lahh..
gejala buang anak ala tuan
banyak benar terjadi
manusia tergamok ala tuan
bunuh anak sediri
la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik
kelemahan itik kampung
apa bila masuk ke bandar
kade kade nye cucuk hidung
rambut hitam dia kalar hijau
tak pakai dah kain sarung
sakat mana dia kenal seluar
kade kade di kuala lumpur
tok lebai tgk sampai cabut semutar
bla lahh
bakpo gak gini jadi ala tuan
kita orang melayu
bangsa kita tiru
la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik
tabiat puak itik
dia suka bergaul bebas
tunang orang pun dia kilik
bini ore pon dia kebas
sabit ramai kena penyakit
akibat kerana ambik dadah
dey kena penyakit aids
ibu bapak nyawa tak puas
bla lah
manusia hari ini ala tuan
lupa dosa pahala
kita ore mukmin ala tuan
ingat syurga neraka
la la lala laa lala laaa laa
ini kisah itik

No comments:
Post a Comment