Atok pun tulis la maksud senikata lagu 'Tunggu-tunggu tak kelik' dinyanyikan oleh Megat Nordin. Tak tahu lar apa kisah sebenar disebalik lagu ni, cuma setakat apa yang Abe Atok faham secara rambang. Kisah isteri dia yang tak nak dengar cakap. Nak ikut kata dia jeq. Mungkin agaknya sebab sisuami dia ni orang yang tak berduit. Jadi isteri dia tak selesa dengan kekurangan hidup bersama suami dia. Tapi Abe Atok rasa, tak semua wanita yang bergelar isteri atau orang perempuan tu macam tu, apa? mata duitan..tapi tak dinafikan juga memang ada. Biasalah..dunia ni macam2 ragam. Semuanya hanya nafsu. Oh..beruntung la para2 suami yang memiliki seorang isteri yang memahami keadaan dia. Tapi alangkah seksanya atau tertekan perasaan si suami bila dapat yang mata duitan, mata setan, ditambah main kayu 3,4,5..ada fair ngan lelaki lain, dah la lelaki lain, suami orang pulak tu. Emmmm..dunia oh dunia..
Dulu masa kita sekolah, baik ustaz atau ustazah atau juga cikgu2 kita penah bagi tahu bab2 ni, mustahil kalau dia orang tak pernah ceritakan tentang azab orang yang bermukah. Dan hukum bagi lelaki mahu pun wanita yang masing2 telah mempunyai pasangan. Kena pulak si wanita tersebut isteri orang. Hukumnya rejam sampai mati. Korang tahu tak macamana rejam sampai mati ni? huhuhu :] , kita ni cuma dengar atau pernah baca kat mana2 majah atau makalah atau mungkin juga dari surat khabar lama. Abe Atok sendiri pun tak tahu macamana, kerana tak pernah tengok orang yang direjam. Apa lagi sampai mati. Agaknya kerana kita semua masing2 tak pernah tengok bagaimana hukuman rejam sampai mati dijalankan kot, lantas kita tak takut dengan perbuatan yang dilakukan. Nauzubillah, jauhkan Abe Atok dari berbuat demikian.
Kadang2 kita ni suka membaca dan mungkin juga suka menulis, kita membaca mengenai perkara2 kebaikan, menulis juga mengenai perkara2 kebaikan yang boleh diterima akal, tapi bila digoda nafsu, apa yang kita baca, apa yang yang kita tulis, dikaburi oleh bebayang nikmat yang sementara. Waduh...nape sih, kok'nya bisa jadi begini. Tidak takutkah kita dengan kebesaran dia yang Maha Melihat dan Maha mendengar. Waduh..waduh..kok nya dicabut hayat kita disaat melakukan perbuatan terkutuk itu, sudah nyata dan jelas tempatnya kita dineraka jahanam.
Wahai para2 isteri, lihatlah syurgamu dari bahagian mana? Selagi ketua keluargamu masih berada dijalan yang benar, dan tidak menyimpang dari lunas2 agama, kenapa perlu kamu bersikap demikian. Sesunguhnya mulianya kamu disisi Allah, jika sekiranya kamu sentiasa menjaga maruahmu dan aib keluargamu. Sesungguhnya malaikat sentiasa memelihara dirimu sebagai isteri yang solehah selagi kamu mensyukuri nikmatnya. Dan nikmat dari tingkah lakumu yang menghormati suamimu dengan berkata benar dan bersifat jujur, hadiahnya sebuah kebahagian..dan kejayaan berumahtangga.
Abe Atok tak pandai sesangat nak menulis banyak kalau sesuatu tu datang dari ujung kepala sendiri ni, tapi kalau copy dan paste dari mana2 part atau milik penulisan orang lain...huhuhuu...3 meter panjang pun boleh.
Jom kita peratikan senikata lirik lagu ni, tapi sebelum tu Abe Atok minta maaf la kalau korang tak faham senikata lagu ni, sebab Abe Atok tak boleh nak melagukan dalam bahasa rasmi malaysia. Takut jadi terpusing terguling pulak. paling teruk kalau bunyi macam siam cakap melayu...dok dan starang abuk....jadi kepada mereka yang tak faham, tapi minat..boleh r suruh rakan2 korang yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang nun terjemahkan. Tapi tak tahu la kalau sesetengah korang mungkin anti orang2 Pantai Timur. tapi secara jujurnya, Abe Atok tak pernah fikir ke negerian bila berkawan. Semua Abe Atok Campur tolak kali bagi. Sebab tu jugalah Abe Atok nak kata terror tu tidak, tapi pandai jugak r sikit2 macam2 bahasa, bahasa jawa, cina, india, bagla, atau mana negeri dan juga negara. Tapi wat pengetahuan korang ada satu ayat ni usah kata satu dunia...budak kecik pra skolah pun faham bila sebut cam ayat ni..."I Love U' wakakaka..:] Jom Layannnn....
Malaysian Styles of Music: Malaysian Contemporary Music, Dikir Barat, Malaysian Hip Hop, Dondang Sayang, Zikir
Tunggu Tunggu Tak Kelik
Tunggu tunggu tak kelik
tak tahu nya g mana,
turun pagi hingga ngorik
lagu ni sokmo sokmo,
hati mana kita tak sakit
ingat perangai demo,
buke kato kita nak bangkit
demo sendiri buat tak keno,
Kalu lah bile panjang cerito
malu nya kokre perangai bini kito,
siang dan malam berderat rato
tak dengar lare tak pakai gapo,
dia dok cari jantan hok lebih pado kito
sepaling paling kure duit banyok ado kereto,
Beli pakainya serbo nak baru,
macam bintang filem kalu buleh dia nak tiru,
dah mari bosan perut pun saru,
kalu kito larang dia kat kito cemburu,
2 3 kali sebulan ,
g shopping kuala teganu,
payah tindih di perasaan ,
lebih pado nya tindih di kayu,
Kalu lah tahu nak jadi gini,
sejak dulu kawe tak buat bini,
beraso malu kokre sow keliling,
setiap waktu dok tilik cermin,
Relo makan nasik dengan budu,
asal buleh celik kening,
kito kijo nya tak bereti adu,
buleh pitih gak nya abih licin,
Mari ingat beraso sedih,
hok kita minat sekaro pun tak buleh,
makan tenat tak rajin lebih,
dia tak ingat kata kita kerja letih,
Kalu kita duduk senyak,
rasa taks edak kelih,
kita suruh demo cermat ,
dia kata kita nak murih,
Mari mikirrr.. baik dok sorang,
kehulu hilir tadok ore nak larang,
nasib takdir serah ke tuhan,
kita tak stail sabit demo tak sayang,
Kalu lah demo toksey ,
royatlah terus terang,
jange dok buat peel ,
kita takut nya malu kokre..
Lagu ni dinyayikan oleh Megat Nordin, uiiii, Abe Atok suka dengar lagu2 dia.
Sebab utama Abe Atok suka dengar lagu Dikir Barat ni, kerana senikatanya, Lirik jatuh no 2. Kalau senikata lagu membawa kita menghayati usul2 cerita dan tauladan. Alangkah bagusnya. Bukan apa, melalui lagi setiap nasihat itu boleh kekal lama. Sebab senang bermain diminda. Kena pulak susunan musik begitu ringkas dan bersahaja. Cuba perhatikan kanak2. Kalau sesuatu lagu tu, cukup simple dan susunan musik mendamaikan..uiii..tak sampai setengah jam dia dah hafal. tapi kalau senikata lagu cukup baik, susunan musik terlalu berat. Mungkin mejoriti pendengar kureng r sikit..bila kureng..target kita pun tak meluas..bagi penyanyi dan pengubah lagu..perkara sebegini yang selalu memecahkan kepala otak, kena plak otak yang tua dihujung kepala.
No comments:
Post a Comment